Nota

“Okay, gais! Masa dah tamat. Pelajar dari depan sila kutip kertas jawapan dan kertas soalan setiap baris dan bawa sini!” arah cikgu.

“Fuh! Der, susah nak mati chemist tadi. Su-sa-na-ma-tey! Kena hentamlah dengan cikgu tua tu nanti. Ugh!” Alex bising.

“Tu la korang. Nota pun tak baca.”

“Defak? Kau tu yang sikit pun tak hadap buku.  Jangan confident sangat, Joe.” Farid tiba-tiba datang mencelah.

Joe hanya tersenyum, bangkit dari duduknya dan keluar kelas. Alex danFarid pelik. Sekilas pandang ternampak nota-nota ringkas subjek kimia kemas tersisip di dalam plastic meja Joe.

“Fuh! Sial habis!”

Kari Daging

Ding dong !

Farra bergegas lari ke pintu untuk menyambut tetamu istimewanya hari ini. Rambut disisir dengan jari runcingnya supaya kelihatan rapi dan blausnya ditepuk-tepuk menghilangkan kotoran setelah berhempas pulas di dapur. Dia membuka pintu dan satu senyuman terukir sebaik sahaja memandang Marlene yang berdiri di muka pintunya.

"Jemput masuk!" Marlene masuk tanpa sebarang reaksi disusuli Farra di belakang.

Belum sempat menjemputnya duduk, Marlene sudah duduk lalu menyambar remote tv dan menekan butang ON. ' Hish. Belum suruh pape lagi dah macam rumah sendiri dia buat. Dasar. '

"Err, kejap ya. Saya nak bereskan apa yang patut." Ujar Farra dan berlalu pergi tanpa sepatah kata Marlene yang mukanya ketat bagai tidak ikhlas bertandang ke situ.

"Woi Farra ! Lambat lagi ke?" Jerit Marlene dari ruang tamu. Sudah 20 minit dia menunggu. Kehadirannya di situ merupakan satu keberatan. Dia amat bencikan

Farra semenjak Rashdan menjadi milik Farra. Sungguh dia bengang dengan kelakuan sahabat baiknya di kolejnya itu merampas kekasihnya. Dia anggap Farra menjemputnya makan malam bersama untuk memujuk tetapi Marlene yakin mereka tidak akan kembali seperti dulu.

"Sorry, Marlene. Dah siap dah!" Sahut Farra." Dan suara itu kemudian disusuli oleh pemiliknya datang untuk menjemput Marlene ke meja makan

"Jom makan." Farra menjemput dengan penuh santun.

Marlene bangkit dari sofa dan membontoti Farra. Sebaik sahaja kakinya jejak lantai dapur, bau kari daging yang enak meruap ke rongga hidungnya seraya perutnya berkeroncong. Terlalu sedap baunya sehingga terpejam matanya dan Farra tersenyum memerhatikan tetamunya itu sambil menarik kerusi untuk Marlene duduki.

Buat pertama kalinya dengan senyuman Marlene bertanya, "Sedapnya! Daging lembu?"

" Bukan daging lembu. Janganlah risau. Saya tahu awak tak makan daging lembu." Farra membalas.

Sejurus pinggan diletakkan nasi, Marlene pantas mengambil sudu lalu mencedok daging dan kuah ke atas sajiannya. Farra berlalu pergi dari meja makan, meninggalkan Marlene yang makan tanpa ingat dunia.

Berrp!

 Kenyanglah Marlene menyandar di kerusi makan setelah meratah lauk
di dalam mangkuk sehingga kering. Ketika itu barulah dia sedar bahawa Farra tidak ada bersamanya sedari tadi.

‘Mana pempuan ni?’

Marlene mengangkat pinggannya dan berlalu pergi ke dapur. Nama Farra dipanggil berkali-kali namun tidak disahut.

Bokk!

Marlene tersadung dan pinggan pecah berderai di atas lantai. Kakinya berdarah dek tersangkut pada dawai berkarat yang bagaikan sengaja dipasang untuk menjeratnya. Tanpa Marlene sedar, Farra muncul di belakangnya dan menikam belakang Marlene dengan pisau tumpul. Jeritan Marlene mengaduh kesakitan tidak dihirau olehnya.

Suasana yang lengang tedi bertukar tegang dengan jeritan Marlene. Farra yang mulanya tersenyum manis kini berubah dengan senyuman yang psiko dan menyeramnya. Dia membiarkan pisau kekal berada di belakang Marlene yang menggelupur kesakitan. Kemudian dia mengilai dengan begitu kuat, mengalahkan tangisan Marlene.

"HAHAHAHAHA. Padan dengan muka kau. Dasar betina tak guna!" Tengking Farra. Marlene tidak mampu bersuara dan hanya mampu mengaduh kesakitan.

"Kau tahu?," Farra berhenti seketika lalu menekan satu punat merah pada alat kawalan kecil yang dipengangnya sedari tadi. Dengan automatiknya beberapa anak panah dari atas, kiri dan kanan menusuk ke badan Marlene. Menjeritlah wanita itu lebih kuat kesekian kalinya.

“AAAAAAGH!! FAARRAAAAA!!”

Lalu Farra menyambung, "Rashdan pernah jadi milik aku sebelum dia jadi kau punya dulu. Dasar jantan bodoh. Perempuan gemuk pendek macam kau pun dia mahu. Apa yang tak perfect lagi pada aku ni?!" Dia mendengus dan menjeling ke arah Marlene.

" Sekarang dia milik aku semula, dan untuk mengelakkan kau rampas dia semula daripada aku yang sudah cukup perfect ni," Farra berhenti bercakap sekali lagi lalu menyambar pisau dapur yang tajam bagai baru siap diasah.

Marlene yang berlinangan air mata sekali lagi menjerit sambil mengulangi kata-kata yang sama, "Tolong, Farra. Jangan !"

Farra mendekatinya,

"Farra! Jangan ! Tolong!"

Badan Marlene yang gemuk ditindih dengan kaki.


"Jangan, Farra. Tolong!"

Dan tanpa belas kasihan lagi muka Marlene ditoreh serong berbentuk pangkah. Tiada lagi kata-kata itu dan Farra mengkahiri mengelar leher wanita itu dengan rakus bagi menamatkan riwayatnya. Ketawa dan ketawa, Farra ketawa tanda puas hati dan selamat. Tiada siapa lagi dapat mengambil kekasihnya.

Tiba-tiba saja dia berhenti ketawa, dan menikam tubuh Marlene yang tidak lagi bernadi berkali-kali sambil menyumpah seranah. Dan dia berhenti. Teringat dia akan kari daging yang dimasak untuk Marlene tadi.

Dia berlari ke peti beku yang terletak di hujung dapur. Pintunya dibuka dan
terbuntang matanya kemerahan dan menjerit kegilaan melihat kepala,sebahagian badan, dan kaki kekasihnya, Rashdan sudah beku disimpan di dalam peti. Menangislah Farra seperti kerasukan bila teringatkan dia sudahpun menjadikan kekasihnya sebagai lauk hari ini dan sebahagiannya dihulurkan kepada jiran-jiran sekelilingnya.

Rashdan terdahulu menjadi mangsanya hanya kerana cemburu melihat teman lelakinya bersenda dengan gadis yang jauh lebih sempurna di matanya. Terus diumpan si jejaka malang itu ke kediamannya untuk ditamatkan riwayatnya. Biarpun yang dilihatnya bukanlah sebetulnya realiti. Ia cuma mimpi, tapi apa lagi seorang pesakit mental mampu bezakan?
  

Farra bersandar di peti beku, mengenang saat kehilangan dan kegilaan yang tidak mahu dia akui sendiri. kenang, kenang dan kenang.