Tengkorak

Hari ini Kagwa ke hutan untuk memburu. Dibawa bersamanya hanyalah tombak, seutas panjang tali disandang pada bahu dan sebungkus bekal makanan. Dia tidak kira apa yang diburu. Dari sekecil kancil hingga sebesar babi hutan. Asalkan boleh dimakan. Dia tahu banyak lagi kerja yang boleh mengenyangkan perutnya tetapi sudah menjadi resmi keluarganya untuk pergi memburu. Lagipun Kagwa sejak kecil mengikuti ayahnya memburu dan hanya itu yang dia tahu.

Sedang dia berjalan merentasi semak setinggi bahu, Kagwa menemui seketul tengkorak. Bagai sudah lama usianya kerana tengkorak itu kelihatan retak dah rapuh namun masih kukuh jika diketuk pada batu. Tatkala Kagwa sedang mengandaikan seribu satu perkara sepintas lalu tentang seketul tengkorak, tiba-tiba sahaja tengkorak itu melompat. Membuatkan Kagwa kaget dan terus lesi pucat mukanya. Sampaikan dijerkah harimau pun tidak mampu memucatkan mukanya.

Lalu bersama keberanian dikumpul, Kagwa bertanya dalam kegagapan.

"Apa yang membawa kamu ke sini?" Lalu dibalas dengan tenang tengkorak itu,

"Bercakap membawa aku ke sini."

Setelah mendengar ujaran si tengkorak itu, Kagwa pantas berpatah pulang ke desa. Bergegasnya dia ke istana raja. Dia menghadap lalu menyembah ampun segala ampun sebelum menceritakan kepada bagina raja.

"Ampun, tuanku ampun. Patik menemui seketul tengkorak yang mampu berbicara."

Mendengar khabar daripada rakyatnya yang kerdil itu, si raja ketawa dan membalas,

"Sejak beta kecil sesampai sejarang. Tidak pernah beta mendengar khabar aneh sebegitu. Apakah engkau berbohong kepada beta?"

"Tidak, tuanku. Ini benar bukan dongengan. Tengkorak itu berbicara dengan sungguh petah tanpa cela. Tidaklah patik mencari binasa di istana ini."

Si raja sangsi dengan apa yang dikhabarkan oleh rakyatnya. Lalu baginda menitah dua pengawal yang gah perkasa untuk mengikuti Kagwa si pemburu hutan masuk ke hutan. Sekiranya apa yang dituturkan Kagwa itu bohongan semata, matilah dia dan mayatnya bakal dipunggal ke dalam kandang babi hutan. Dan beransurlah mereka masuk ke hutan itu mengikuti Kagwa. Berhari-hari, bermalam-malam, sikih berganti. Seketul tengkorak yang mampu berbicara masih belum ditemui. Sehingga satu titik di tengah hutan, Kagwa menemui kembali tengkorak itu. Yang sudah rapuh dan retak bagai dimakan usia. Tengkorak yang sama seperti sebelumnya.

Tanpa masa disia, Kagwa bertanya;

"Apa yang membuatkan kamu berada di sini?"

Tengkorak diam. Tidak berkutik, tidak bersuara. Hanya angin sesekali menyapa mereka bertiga. Kagwa bertanya sekali lagi, masih tiada jawapan dari tengkorak itu. Sudah Kagwa resah bimbang dipunggal, dijerkah sekali lagi kepada tengkorak itu.

"Apa yang membuatkan kamu berada di sini?!"

Masih tiada jawapan.

Tanpa sebarang alasan lagi Kagwa dipinta oleh pengawal untuk berlutut ke tanah. Kagwa meratapi nasibnya pada saat terakhirnya sambil berkata "Ia benar berbicara tatkale bersama aku seorang." Pedang diacung tinggi,

SRAPPPPPPP

Kepala Kagwa sudah jatuh tidak bercantum dengan padan. Darah memancut mengenai muka kedua-dua pengawal itu. Mereka mula mengangkat jasad Kagwa yang sudah tiada nadi itu. Tiba-tiba sahaja, tengkorak usang itu menerpa ke arah mereka, lalu menyapa.

"Apa yang membuatkan kalian berada di sini, wahai manusia?"

Mereka kaget, pucat sepucat-pucatnya. Dan kepala Kagwa yang jatuh ke tanah dari membalas, "Bercakap membuatkan aku berada di sini."
Larilah dua pengawal istana yang gah itu bergelimpangan semula ke desa.

Kaca Mata Hitam II

"Dia bukan saya." Kata Nora sebaik sahaja mendapat tempat duduk di kafe. Razman melabuhkan punggung di hadapannya.

"Hahaha. Awak janganlah main-main." Razman berseloroh dan ketawa. Nora turut sama ketawa namun kehampaan kembali menyinggah wajahnya selepas itu. Razman diam.

"Serious lah. Saya tak bergurau."

"Okay." Razman mengakui kata-kata Nora yang tidak bersenda.Nora menarik nafas sedalam yang mampu, seakan-akan cuba menelah satu hakikat. Hakikat yang mungkin Razman turut sama tak mampu telan.

"Yang awak selalu nampak tu adik saya, Nurrah namanya. Saya tak pelik pun kalau awak ingat saya ni dia sebab kitorang memang serupa. Mak dan ayah pun susah nak beza."

"Oh. Mana dia?" Razman bertanya dengan matanya menikam roman Nora. Menunggu jawapan. Seketika pelayan datang mengambil pesanan. Dua gelas teh tarik kurang manis dicatit pada kertas pelayan yang masam mencuka itu dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Nora mengeluh.

"Dia kerja di bank dekat kafe yang awak selalu pergi tu. Nurrah ni baik sangat. Dia suka tolong orang, pandai, peramah. Macam saya kot. Hahaha" ujar Nora dan mereka sama-sama ketawa.

"Tapi sayang.. dia dah pergi. Tinggalkan kita." Nora memberi kata noktah dengan air mata berlinangan. Razman tersentak. Mahu saja dia curahkan teh tarik yang masih panas itu ke mukanya. Dia mahu bangun jadi mimpi andai ini mimpi. Tangan digenggam, bibir diketap. Cuba menghadam kata-kata Nora. Tak masuk akal lah sial. Suara hatinya menjerit.

"Awak bergurau?" Dia meminta kepastian. Nora menyekal air mata.

"Tak, Razman saya serious. Dia meninggal masa awak kemalangan tu jugak. Lepas awak kena langgar tu, dia terkejut. Lepas tu pengsan. Ambulans bawa dia pergi hospital sekali dengan awak. Dia meninggal dekat hospital. Doktor kata dia kanser hati stage empat. Tak sangka pulak dia ada kanser. Dia tak bagitahu siapa-siapa."

Razman membisu. Hatinya dirasanya seperti hilang. Hilang direntap kata-kata kakaknya Nurrah. Sungguhpun masih dia cuba bersuara meskipun suara terketar.

"Habis tu kenapa cari saya?"

"Sebab saya kenal awak. Nurrah dah lama suka kat awak. Dia selalu ceritakan pada saya pasal awak. Mata sepet orangnya, duduk dekat tepi dinding kaca tengok orang lalu lalang. Awaklah tu. Sehari sebelum hari kemalangan tu, saya menyamar jadi dia. Saya nampak awak. Saya berhasrat nak cadangkan awak dekat mak dan ayah lepas tu menyusul jumpa awak untuk berbincang. Tapi nak buat macam mana. Bukan jodoh Nurrah dengan awak. Tuhan maha Adil. Kurniakan saya sekeluarga seorang anak yang sangat elok hati macam Nurrah, umur tak penjang macam kita sekarang. Takdir tuhan, Raz. Siapa boleh lawan?"

Apa yang Nora ujarkan tu benar. Tiada manusia mampu melawan takdir tuhan. Tertulis di Luh Mahfuz riwayat setiap hamba-Nya. Sejak azali sehinggalah nafasnya yang terakhir sebelum nyawa direntap malaikat yang sering digambarkan memegang sabit berjubah dan hud hitam. Razman menarik nafas. Dihembus dan teh terik dihirup.

"Susahnya saya nak lupakan dia."

"Samalah. Susah sangat."

Razman hari ini cuba menelan hakikat dan ingin mencari pengganti Nurrah. Tapi siapa? Tiada gadis lain yang setanding Nurrah. Jika diminta seorang perempuan yang sosok tubuhnya persisnya mengenakan pakaian Nurrah sekalipun tidak mampu memaut hati Razman. Biarpun sejuta kemurnian dicurahkan. Hatinya terserpih namun seribu retakan terjadi. Pada mulanya apa yang Nora lakukan kepadanya selama ini dianggap sekadar memenuhi kehendak Nurrah. Atau mungkin Nora ikhlas membantu. Seketika dia teringatkan jasa Nora yang tidak lelah menjadanya sewaktu buta. Satu sinar harapan mula terpacul kembali dalam hati Razman.

"Nora," Razman menegur Nora yang sedari tadi mengelamun. Teringatkan Nurrah barangkali.

"Oh ya?"

"Sudi tak awak bersama saya? Saya kehilangan Nurrah. Saya taknak kehilangan awak jugak. Awak baik sangat dengan saya."

"Err hehehe... Razman,-"

"Sudi tak jadi isteri saya? Jagalah saya sebagai suami awak yang sah" Ujar Razman dengan penuh keberanian.

"Raz, saya dah bertunang." Nora tersengih. Matanya turut seakan-akan tersenyum kepadanya. Oh mengejek sungguh situasi ini.

Satu panggil diterima Nora. Nora menjawabnya penuh mesra. Razman hanya diam setelah mendengar jawapan itu. Sekali lagi retak hatinya dan sinar harapan itu kembali malap. Panggilan Nora dimatikan.

"Raz, saya kena pergi dulu. Client call. Pasal apa yang saya buat untuk awak selama ni, tak apalah saya ikhlas tolong awak. Jangan risau ya." Nora bangkit, memakai kaca mata perang gelapnya dan beransur pergi. Tinggallah Razman di situ.

-angin petang menampar pipi Razman. Seketika itu dia berharap segalanya daripada pertama kali berjumpa Nurrah sehinggalah kata-jata terakhir yang terpacul daripada mulut Nora itu mimpi. Tolonglah kata ini mimpi.

Kaca Mata Hitam

Seperti tengah harinya sebelum ini, Razman berehat di sebuah kafe di kaki lima berhampiran pejabatnya. Bekerja menghadap skrin komputer dan kertas adalah kerja yang lebih penat berbanding menjadi seorang jurukimpal. Namun jurukimpal bukanlah bidangnya. Pesanan dibuat dan pelayan berlalu pergi. Razman membelek beberapa naskah buku dan zine berhampiran dan mendapati tiada artikel yang menarik perhatiannya. lalu pandangannya ditala ke luar dinding kaca yang lutsinar.

Satu persatu gerak geri manusia diperhati oleh Razman. Pemerhatian dibuat dan ulasan bermain dalam benak fikirannya. Razman bukanlah seorang yang judgemental namun lumrah manusia untuk menghakimi seseorang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tidaklah dia hairan dengan segelintir manusia yang pelik kelihatan di dunia ini. Bertudung namun baju yang dikenakan agak mencolok mata. Seorang pelayan sampai bersama espresso yang dipesan sebentar tadi. Razman berbalas senyuman dengan pelayan  itu sebagai terima kasih dan kembali memandang ke luar.

Dari kaki lima seberang jalan, kelihatan seorang gadis berketinggian sederhana sedang berdiri menunggu lampu isyarat pejalan kaki. Blaus ungu labuh dan jeans hitam itu sungguh kena dengan sosok tubuhnya yang kurus. Bibirnya mungil dioles gincu merah, tudung bawal hitam tersarung kemas di kepalanya dan berkaca mata hitam. Razman merasakan seolah-olah Cupid si bayi bersayap telah memanah hatinya.
Razman jatuh hati.

Bagai tidak ingat dunia Razman hanya memandang ke arah gadis itu sedang melintas jalan. Lirikan matanya bergerak selari dan gadis itu berlalu pergi. Matanya menjadi galak dan bergetar seluruh hatinya. Hilang saja gadis itu dari pandangan, Razman tersenyum. Ditoleh kembali pandangannya ke meja dan kelihatan sepinggan roti bakar siap terhidang. Dia terlalu leka sehinggakan tidak sedar akan kedatangan pelayan menghantar pesanannya. Espresso dihirup dengan semyuman dan roti digigit bersama kebahagiaan.

Sejak hari itu, pada waktu dan tempat yang sama diduduki Razman seorang diri. Menunggu kemunculan gadis itu. Sentiasa Razman lihat gadis itu bersama kaca mata hitam tersemat elok di wajahnya atau dia atas kepala. Matanya yang bundar dan beranak mata warna coklat sungguh menawan hati jejaka itu. Bukanlah tajam sangat penglihatan Razman namun keterujaan dan penaakulan hang dibuat terhadap gadis itu sangatlah tinggi. Tambahan lagi jelas wajahnya terlihat apabila terkadang si kaca mata hitam itu lalu di tepi dinding kaca kafe itu tanpa menyedari Razman memerhatikannya. Mahu saja Razman keluar dan memulakan bicara dengan gadis itu namun masih belum cukup kejantanannya untuk bersua dengan wanita seanggun itu.

Tertulis di takdir yang tuhan catatkan buat manusianya,  berani Razman sudah ke takuk tertinggi, dia memasang niat untuk menegur gadis berkaca mata hitam itu. Sebaik saja gadis itu muncul, Razman keluar daripada premis meninggalkan espresso dan roti bakar lalu mengejar gadis berkaca mata hitam yang sedang melintas.

Si kaca mata hitam sudah pun sampai ke kaki lima seberang dan lampu isyarat penjalan kaki sudah kembali bertukar merah. Razman yang seakan terpukau dek gadis itu sehinggakan tidak lagi peduli merah atau hijau mahupun biru lampu isyarat pejalan kaki itu dan terus saja melintas tanpa menoleh kiri kanan. Sebuah lori sedang dipandu laju di jalan raya yang dilintasinya tanpa dapat lagi dikawal. Bunyi hon kedengaran daripada lori mengejutkan para pejalan kaki. Razman menoleh.

BAMMMMM!

Tubuh Razman dirempuh dan darah terhambur dari kepalanya. Lori berhenti dan jasadnya rebah. Gadis berkaca mata hitam terpempan sebaik saja menoleh ke arah kejadian. Kaca mata ditanggal dan menampakkan rona anak matanya coklat gelap. Terlalu kaget dengan apa yang dilihat, matanya berkaca sebelum air mata berjujuh lalu rebah di kaki lima. Orang ramai tidak sedar akan gadis itu tidak sedarkan diri sebaliknya mula mengerumuni Razman seperti semut dan memanggil ambulans. Pemandu lori tangki itu ketakutan lalu cuba lari daripada insiden itu namun sempat diberkas orang awam. Razman tidak lagi sedarkan diri dengan nadi berkutik lemah.

Tiga minggu sejak tragedi itu akhir Razman menyedarkan diri. Badannya hampir berkudis akibat terlalu lama terlantar. Rusuk kanan dan tulang pehanya patah atas impak dirempuh. Kemalangan itu juga secara tidak sengaja telah mencacatkan penglihatannya. Razman hanya duduk dan baring di atas katil. Tidak perlu masa untuk berjalan mengambil angin kerana Razman berasa semuanya musnah selepas nikmat melihatnya diambil Tuhan. Namun Razman masih bersyukur kepada Tuhan kerana mengambil penglihatannya sahaja dan tidak sekali dengan tangan dan kaki. Razman boleh berjalan namun tidak terbiasa berjalan tanpa melihat. Dia hanya ditolak di atas kerusi roda sekiranya mahu berjumpa dengan doktor.

Matanya boleh diselamatkan namun memerlukan masa dan perbelanjaan yang besar. Pilihan diberi sama ada pembedahan dijalankan atau kekal saja tanpa mampu melihat dan Razman masih dalam pertimbangan. Tongkat diberi doktor berselitkan sedikit kata-kata semangat sebelum Razman kembali ke bilik wadnya.

Hari terakhir Razman di hospital, dia dijemput seorang wanita. Tidaklah dia tahu bagaimana sosok tubuh perempuan itu. Takkanlah harus diraba untuk mengenalpasti badannya. Suara wanita itu lembut didengari lalu menolak kerusi Razman keluar. Segala urusan Razman dan servis penginapan selama tiga hari di hospital sudah dilaksanakan oleh wanita itu. Dia dijemput masuk ke dalam kereta yang sudah dihidupkan enjinnya dan berlalu membelah jalan yang agak lengang sebaik saja tuan empunya masuk ke dalamnya pagi itu.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta itu, Razman diam tanpa sepatah kata sehinggalah wanita itu bersuara.

"Dah makan?"

*angguk*

"Tak takut ke naik dengan saya?"

"Kenapa pulak?"

"Manalah tahu kot-kot saya ni jahat ke. Hahaha"

"Hahaha."

Suasana kembali diam.

"Saya Nora."

"Oh saya.."

"Ya nama awak Razman. Saya tahu."

"Okay."

"Jadi Razman, saya tk berniat jahat pun. Sebab saya nak tolong awak daripada A sampai Z. Saya dah bayar bil hospital tadi dan cuba nego untuk insurans awak. Tak lama lagi saya tolong awak turun naik mahkamah untuk saman pemandu lori."

"Saman?"

"Yes."

"Susah-susah je. Tak payah la."

"Dah buta pun sombong lagi ya?" Razman diam.

"Takpe. Saya peguam. Saya tahu lah apa saya buat."

Razman dihantar pulang ke rumah. Nora sempat membelikan Razman sedikit keperluan dan makanan ringan sebagai persediaan janggal untuk Razman. Tidaklah terlalu janggal untuk Razman mendiami rumahnya kerana hampir empat tahun rumahnya dihuni seorang. Ketika dia tiada, tidak langsung berubah perabot dan barangannya daripada hari pertama rumahnya ditinggalkan dahulu. Sudah dia tahu akan selok belok rumahnya itu. Nora akan datang ke rumahnya untuk menyediakan makanan dan membasuh pakaian untuk Razman.

Dua bulan sudah Nora membantu Razman dalam menguruskan diri setiap hari. Setiap dua minggu sekali Nora membawa Razman ke hospital untuk  berjumpa doktor dan bersiar-siar mengambil angin. Razman turut menceritakan kepada Nora tentang gadis berkaca mata hitam yang dia kejar waktu itu. Nora hanya diam mendengar penjelasan Razman. Cerita itu langsung tidak memberi kesan kepada Nora walaupun Razman mulanya enggan membuka cerita. Bimbang Nora terguris atau iri hati.

Namun tidaklah itu yang terjadi. Nora tetap memberi semangat kepadanya. Razman sungguh terkesan dengan hati budi yang ditabur oleh Nora. Mahu saja dia bertanya kepada Nora 'mengapa' dan 'apa' tujuan dia membantu Razman. Namun disimpan sahaja niat itu. Razman mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan mata dengan sedikit bantuan kewangan dihulurkan oleh Nora. Pada mulanya Razman menolak tawaran itu namun dihalang oleh Nora.

"Kalau awak kekal buta macam mana awak nak cari dia?" Pertanyaan itu terpacul dari mulut Nora.

Razman kelu tanpa seribu kata. Sungguh terkesan kata-kata berbait pertanyaan itu. Jadi keputusan dibuat dan Razman bertekad. Dia harus terus menatap gadis itu seperti biasa. Cinta itu tidak luput. Wajah Nora juga harus dia ketahui agar dia kenal penyelamatnya dan membalas jasa Nora. Tarikh pembedahan telah ditetapkan dan Razman bersedia untuk menjadi celik semula.

Saat berganti saat, hari berganti hari dan minggu diganti minggu.

Hari itu, pembedahan selama lapan jam berjalan lancar tanpa sebarang cela. Razman hanya tenang dan tidak gementar. Tidak perlu dia gementar kerana tawakalnya di tangan tuhan. Matanya berbalut. Tubuhnya dibaringkan di atas katil wad dengan Nora di sebelahnya. Arahan dan larangan doktor diikuti sebutir sebutir. Razman tidak mahu wang Nora yang dilabur ke atas pembedahan matanya disia-siakan begitau saja. Dan atas tekad untuk kembali hidup normal dan membalas jasa wanita itu.

Setelah cukup tempoh, balutan matanya dibuka. Razman perlahan-lahan membuka matanya. Cahaya mula menerobos masuk ke dalam retina matanya. Dan pembedahan itu berjaya. Razman sudah boleh melihat dan bersyukurlah dia ke atas tuhan yang mengurniakan semula penglihatannya. Doktor berasa lega dengan hasil pembedahannya dan tahniah diucapkan kepada Razman. Terima kasih diucapkan oleh Razman tanpa henti. Seketika itu Razman sedar bahawa Nora tiada di situ.

"Mana Nora, doktor?"

"Oh, cik Nora terpaksa keluar atas urusan kerja. Nanti beliau akan datang jemput encik Razman"

Doktor berlalu pergi dan meninggalkan Razman seorang diri di wad. Razman pergi membersihkan diri sebelum keluar mengambil udara pagi di sekitar kawasan hospital. Sungguh gembira jejaka itu dapat melihat semula. Dia turut berkesempatan bersiar-siar di kaki lima berdekatan sebelum kembali ke wad. 15 minit kemudian, satu suara menyapa lembut Razman yang sedang leka termenung di tepi tingkap. Razman menoleh.

-kaku

Tidak terkutik seketika Razman pada saat itu. Seorang gadis berbaju kurung Riau warna biru dan bertudung bawal putih berdiri di hadapannya. Bibirnya yang dioles gincu merah tersenyum lebar kepada Razman. Kaca mata perang gelap yang dipakainya ditanggalkan menampakkan matanya yang coklat cair.

"Sayalah Nora."

Gadis yang dikejarnya selama ini ialah Nora. Sungguh kecil dunia ini dicipta oleh tuhan. Nora melambai-lambai di hadapan Razman bagi menghentikan lamunannya.
Razman yang mendapati dirinya terpempan segera cuba bersuara.

"Sa- Saya Razman."

"Hehehe"

"J-ja- jadi, awaklah perempuan yang...."

"Hahaha. Taklah. Itu bukan saya" Nora tersenyum. Senyumannya kelihatan hambar drpd sebelumnya. Razman bagai tidak percaya dengan apa yang dilontarkan oleh Nora sebentar tadi lalu meminta penjelasan. Nora mengajak Razman ke kafeteria hospital. Kerana dia tahu perbualan ini cukup panjang dan memakan masa untuk Razman hadamkan.

                                ***

Prakata tidak berapa kata

Hi. Just hi.

Saya tidak tahu untuk ungkap apa-apa yang gah setakat ni kerana cerpen-cerpen (kot) saya cuma sesuatu yang dipanggil hobi. Ada yang dihantar untuk pertandingan, ada yang tidak. Ada yang mengarut sebab ditulis on the spot bila dapat idea, ada yang plotnya dititikkan beberapa bulan sebelumnya tapi hasilnya tetap sama gah seperti yang lain. Tujuan saya menulis hanya untuk mengisi kekosongan masa, dengan cita-cita kecil yang masih saya ingin kecapi pada masa akan datang.

Bukanlah impian saya untuk menjadi seorang penulis mungkin tapi bakat (mungkin) yang sedia ada dalam diri saya harus dihidupkan supaya saya ini masih jiwa berguna. Semua orang mampu menulis hikayat diri sendiri. Setakat ini cerita-cerita saya bukanlah hikayat hidup saya tapi saya pasti akan menceritakan epik hidup ini yang serba pelik dan aneh sebagai kiasan dalam setiap karya. Ya, pelik dan aneh kerana tidak ada manusia yang mana hidupnya sungguh baik tanpa sebarang kecelakaan, mahupun manusia yang hidupnya dihadapi seribu satu rintangan.

Saya cuma biasa-biasa. Berkat doa ibu bapa yang sentiasa berkata 'ikutlah nak buat apa yang elok' dan kawan-kawan yang tidak lekang dorongannya. Tanpa seorang kawan juga saya tidak akan menjadi seorang penulis di sini. Tanpa seorang teman juga saya tidak mungkin publish cerpen-cerpen mengarut saya di sini. Mungkin tidak satu pun pengguna alam maya akan singgah ke blog saya tapi biarlah bukan nak kasi depa puji pun. Baca saja, dan blah. Terima kasih. Bersama cerpen-cerpen saya yang tidak gah ini saya sertakan kasih sayang dan okhlas dengan percuma buat pembaca. Mwah!

So, bai. Bai :)

Monarki

      Jannah berkurung di dalam bilik sejak pulang daripada tanah perkuburan semalam. Tidak langsung keluar menunjukkan muka. Kematian ayahnya yang menyusul arwah ibu telah meninggalkan dirinya bersama seorang ibu tiri dan anak kembar. Tidak tahulah apa nasibnya bersama si tiga beranak itu.

       Bang-bang-bang !

       Kedengaran pintu bilik Jannah dihentam. Gadis yatim yang sedari semalam dalam kesedihan tersentak. Bergegas Jannah mendapatkan siapa di balik pintu. Pintu dibuka nenampakkan wajah bengis wanita pertengahan tahun. Gincu dioles merah scarlet dan mekap tebal tertempek di muka. Sungguh solekannya yang cantik tidak dapat membendung roman bengis ibu tirinya, Mak Rozie. Atau lebih selesa di bibir orang kampung ialah Rozie Kebaya kerana keberahian kaum Adam melihat janda itu berkebaya.

        Jannah cuba untuk tidak memandang matanya.

       "Kau tak payah nak sedih sangat lah! Abah kau takkan balik pun! Aku berkuasa sekarang" ibu tirinya menengking.

       "Keluar!"

        Jannah keluar dengan rambutnya ditarik hingga terjatuh kepala terhempas ke permukaan rumah.

       "Weh Jannah, kau pegi basuh baju aku sekarang. Nak pakai besok untuk ke pekan." Arah Rania.

         Jannah masih diam terkaku. Cuba untuk memprotes. Namun di tendang oleh adik tirinya dengan rasa amarah. Akhirnya Jannah bangun tetapi lagi sekali ditendang oleh Mak Rozie.

       "Cepatlah!"

         Jannah bangkit mengatur langkah ke pintu dapur untuk membasuh baju di luar. Kelihatan adik kembar Rania, Ros sedang meneguk air masak. Wajahnya suci. Ros merupakan pelajar tahfiz di sebuah madrasah tidak seperti Rania. Arwah abahnya menghantar Ros ke situ atas permintaannya sendiri. Jannah tersenyum kepada Ros yang sedang membilas gelasnya. Dalam hatinya, Jannah sangat berharap bahawa Ros tidak bertanduk seperti ibu dan kakaknya.

        "Lega betul ada orang gaji macam kau." Jannah terkedu dengan kata-kata Ros.

         Ros menyeringai sambil datang kepada Jannah dengan kain tudung dan sepasang kasut. Kasut dan kain tudung dirembas ke tepi Jannah yang kaku. Terpempan dengan Ros yang dulunya dia kenali dengan sifat sungguh lemah lembut dan sopan.

        "Cuci bersih-bersih!"

          Ros berlalu pergi. Jannah mula meratapi pemergian ayahnya sambil menyental pakaian mereka. Namun dia lebih meratapi nasibnya akan datang di bawah monarki seperti Firaun beranak kembar itu.

Merah

"Adik, ceritalah dekat  akak. Dia orang buat apa dekat adik?"

"Tak nak. Adik takut."

"Tak apa, dik. Akak janji tak bagitahu sesapa. Pinky promise?"

"Tak nak akak. Dia orang kata kalau adik bagitahu, adik meletup."

"Meletup kenapa?"

"....,"

"Kenapa, dik?"

"Tak boleh bagitahu. Nanti adik kena bom"

"Dia orang tipu adik je. Jangan percaya dia orang. Semua orang tu jahat."

"....,"

"Okaylah. Kenapa adik ikut abang Rizal?"

"Abang kata kalau nak tahu mama kat mana, kena ikut dia. Adik rindu mama"

"Mama adik kan dah takde?"

"Dia kata hidup lagi."

"Adik, mama adik dah pergi. Mama adik meninggal sebab ada da-.."

"Da?"

"D..darah tinggi. Kan?"

"...,"

"Adik, sayang kat mama tak?"

"Sayang..tsk tsk..."

"Haaa. Mama pesan. Kalau sayang mama, adik kena bagitahu akak abang Rizal dan kawan-kawan dia buat apa kat adik"

"Bila mama cakap, kak?"

"Masa mama ada lagi dulu. Mama suruh akak jaga adik. Adik kena bagitahu semua benda kat akak."

"Kalau cam tu, kenapa akak takde masa abang Rizal ambik adik?"

"...,"

"Tsk..tsk.."

"So, adik kenalah bagitahu akak. Abang Rizal dengan kawan dia buat apa kat adik?"

"Em.. Abang Rizal tanggal baju dan seluar adik, lepas tu dia ikat dekat katil. Lepas tu abang dengan kawan dia sumbat kain tuala kat mulut adik. Dia orang masukkan jari dekat bawah ni. Adik sakit. Tapi abang suruh tahan. Kawan abang suruh adik kangkang besar-besar. Adik buat tapi makin sakit."

*telan air liur*

"Lepas tu, kak. Abang Rizal cabut seluar dia. Kawan dia pun sama. Kemudian abang tutup mata adik dengan kain. Bila mata adik kena tutup, abang bukak kangkang adik. Dia masukkan sesuatu. Sakit sangat. Abang bunyi macam lega bila buat macam tu. Kawan dia pun sama. Adik namgis tapi dia suruh diam. Lama lepas tu adik rasa benda tu macam keluarkan air dekat dalam ni."

"Astaghfirullah"

"Dia pernah buat macam tu dekat akak?"

"... tak."

"Lepas tu..."

"Ada lagi?"

*angguk*

"Okay adik sambung. Akak dengar."

"Bila dah abang dengan kawan dia tu dah siap, abang bukak mata adik. Dia suruh adik telan ubat. Ubat tu besar sangat"

"Ubat?"

"Ha ah. Macam benda yang dulu mama selalu letak dalam sup. Dia warna merah. Susah sangat adik nak telan. Tapi abang paksa jugak."

"Banyak ke adik telan?"

"Dalam sepuluh biji ubat tu adik telan. Dia kata ubat tu kena telan supaya tak rasa sakit dah. Tapi takleh kunyah."

"Adik, jom pergi klinik?"

"Kenapa?"

"Kita kena jumpa doktor. Keluarkan balik ubat tu. Bahaya"

"Tak boleh. Abang Rizal kata tak boleh jumpa doktor. Adik dengar dia kata kat kawan dia, kalau nak keluarkan ubat tu kena pergi Siam."

"Tak apa. Pegi dengan akak je. Jangan jumpa abang Rizal dah. Kawan dia pun jangan jumpa dah ya?"

"Hm. Betul ke akak?"

"Betul apa?"

"Abang Rizal kata, mama dulu meninggal sebab tolong abang. Mama buat benda yang sama macam adik buat."

Aku dah tak sanggup untuk dengar apa yang terpacul dari mulut Sara. Terlalu tragis untuk kanak-kanak berusia 6 tahun seperti dia. Tanpa aku buang masa, aku ke balai dan berurusan dengan pihak polis. Kemudian aku menghantar Sarah ke hospital untuk prosedur mengeluarkan 10 ketul dadah bungkusan merah daripada perut Sarah. Rizal celaka dengan Fendi harus ditangkap. Mereka berdua terlalu banyak memporak perandakan dua beranak itu. Aku tak nak Sara menderita macam mamanya, Suryati.

Aku ke balai polis lalu menceritakan segala perihal tentang Rizal. Dari titik permulaannya berkenalan dengan Suryati, menodainya dan melahirkan anak luar nikah dinamakan Sarah yang berbintikan Abdullah. Aku turut bercerita tentang Suryati yang dahulunya pernah dijadikan keldai dadah namun mati kerana bungkusan merah yang ditelannya pecah. Hal itu juga mungkin berlaku kepada Sarah. Dan aku harus menghentikan penderitaan dua beranak itu.

Hujung Koridor

     Masih jelas di ingatan pada petang itu, aku berjalan di koridor merentasi setiap kelas. Semua kelas kosong tiada satu pun jiwa sedang menghuni melainkan aku yang dalam kegusaran. Aku berjalan dan hanya meneliti sekilas pandang senarai nama yang ditampal pada pintu bilik darjah. Semua nama itu tidak aku kenali. Bukanlah urusan aku untuk mengenal satu persatu nama-nama mereka lagipun.

     Dalam niat untuk meneruskan perjalanan, aku memandang ke satu arah sebelum seketika aku berhenti dan kaku. Tekejut dengan apa yang saraf optikku mentafsir. Di hujung aras itu, terdapat satu pintu tiada dinding. Seribu satu tanda tanya menyergah mindaku. Kedengaran tombol pintu dipulas dan sedikit terkuak sebelum aku cuba memusing. Aku pandang semula. Terlihat seorang wanita sedang menampakkan bayangnya pintu itu. Dia memandang kepadaku dengan segaris senyuman yang manis. Lalu dia menjelma sepenuh jasad.
      Ianya ibu.
      Bagai tidak dapat aku percaya dengan apa yang berlaku pada detik itu. Ibu yang telah lama meninggalkan aku kini berdiri di situ. Di hujung aras yang berpintu tidak berdinding. Suaraku bergetar menahan sebak memanggil nama ibu. Aku berjalan ke arahnya seraya ibu masuk ke pintu ajaib itu. Kakiku yang mana hanya berjalan telah berlari mengejar ibu. Sesampainya aku di pintu, aku melangkah masuk. Dan segalanya hilang.

                             ***

     Hari ini, aku masih ke situ. Berjalan merentasi setiap kelas sepanjang aras itu tanpa lagi rasa gusar seperti dulu. Mataku kembali memandang kosong ke arah hujung koridor yang mana dahulunya ketika aku pertama kali melihat pintu tidak berdinding dan jelmaan seorang wanita digelar ibu. Kawasan itu sudah kosong tanpa sebarang objek melainkan pita merah putih terikat dari tiang ke tiang yang menandakan kawasan itu ditutup.

      Tempat itu hanya berada di pandangan ekor mataku sebelum aku melangkah masuk ke satu ruang bilik darjah yang terdahulunya aku pernah mengimbas nama-nama pelajarnya. Setiap helaian kertas yang ditampal pada papan kenyataan diteliti sehingga pandanganku tertancap pada satu keratan akhbar. Di hujungnya terdapat wajahku yang tersenyum manis seperti pada gambar profil murid.

23 FEBRUARI 2013

'PELAJAR BUNUH DIRI HADAPI TEKANAN HIDUP'

Mangsa dikatakan tertekan selepas kematian ibu akibat kanser otak

Jerantut : Seorang pelajar sekolah menengah meninggal dunia dipercayai mmbunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga petang semalam. Mangsa merupakan anak kepada pesakit kanser otak yang baru sahaja meninggal seminggu yang lalu. Telah dimaklumkan bahawa ..........

Ahh.. aku sudah penat membaca artikel yang sama. Sudah 2 tahun kejadian itu menimpa aku. Aku menembus keluar dari bilik darjah itu lalu terbang menghinggap ke atas atap di bangunan sebelah. Duduk menikmati pemandangan senja hari sambil angin mengharungi diri. Sudah aku hanya jiwa tidak berjasad, suka hati akulah untuk ke mana. Dan untuk esok dan seterusnya , akan aku berjalan lagi, pandang lagi, baca lagi dan berlalu pergi.

Patung

Amirah baru sahaja berpindah dari bandar dan hanya beberapa keluarga saja yang menetap di situ termasuk Mona. Pertama kali Amirah ke rumah Mona, tahulah dia bahawa hobi Mona ialah mengumpul anak patung. Mona mempunyai satu patung yang sungguh cantik yang tidak pernah dilihatnya. Amirah inginkan anak patung itu dan semestinya Mona tidak akan memberikan anak patung itu kepadanya begitu mudah.Jadi, Amirah ke rumah Mona lagi. Amirah sudah tekad mahukan patung itu. Dia merancang untuk membunuh Mona lalu dipunggal mayatnya ke hutan sekiranya gadis itu tidak mahu memberi patung itu.

Sewaktu bertandang, Mona kurang mesra sepertimana pertama kali bertemu. Mona menghidangkan secawan teh buat Amirah. Teh itu dihirup sedikit kemudian Amirah menyuarakan hasratnya untuk memiliki salah satu patung koleksi Mona dengan alasan harijadi adiknya kian dekat. Mona yang sedari tadi tenang berubah lalu Amirah berdiri dan menghunus pisau yang tadinya disorok di dalam baju. Baru sahaja ingin menyerang Mona, badannya menjadi lemah, rebah.

Mona tersenyum melihat Amirah yang menggelupur dan mulutnya keluar buih. Akhirnya tiada lagi nyawa dari badan itu. Mona kemudian mengheret mayat mangsanya yang kedua itu ke bilik peribadinya untuk dijadikan patung barunya yang cantik. Patung yang bernama Amirah.

Setiap Malam Yang Sama

Malam itu, Zarina pulang berseorangan. Rakan sekerjanya, Mona masih di kafe. Dia harus pulang awal kerana sudah 4 hari berturut-turut kerja lebih masa dan 4 hari itulah dia tidak cukup tidur. Tidak tahulah berapa jam saja yang dia sempat terlena sepanjang tempoh itu. Kerana mencari rezeki masa haruslah dia gadaikan.

Sedang Zarina menunggu bas Rapid singgah di perhentian, datang seorang wanita yang mana dilihat wajahnya seperti berusia 20-an. Pakaiannya agak terdedah dan mana-mana kaum adam yang lemah imannya pasti tergugat melihat wanita itu. Zarina senyum kepada wanita itu dan senyumannya dibalas kembali oleh wanita itu.

"Sorang saja hari ni?" Sapa wanita yang berpakaian seperti tidak cukup kain itu.
"Ya, kak. Kawan saya kerja over time malam ni."
"Oh"
Suasana kembali senyap.

Sudah lama Zarina kenal akan wanita itu. Dia selalu berpakaian begitu hampir setiap malam dan menunggu di perhentian yang sama. Sepanjang sembilan bulan kerja di kafe itu dan berulang-alik menggunakan bas, sering mereka menunggu di perhentian yang sama dan sering juga bertegur sapa.

"Akak nak pergi mana?"
"Hm tak tau lah ,dik. Tunggu je client bawak akak pergi mana nanti."
"Client?" Zarina buat-buat tak faham.
"Haa la, dik. Macam ni lah akak sekarang. Punah!"

Zarina hanya mampu diam. Bukannya dia tidak tahu bahawa wanita itu seorang pelacur. Tapi kerja kotor itu tidak menghalang dirinya untuk berkenalan dengan wanita itu. Orang hanya tahu mengata.
'Uii pelacur? Euw murah!'
'Apalah nak jadi. Tak hingin aku buat bini.'
'Takde kerja lain gamaknya, pelacur jugak dia jadi'

Zarina hanya mendengar. Dia tidak suka menyuarakan pendapat sebegitu. Baginya, manusia memilih kerana bersebab. Bukan saja-saja. Biasalah, manusia. Tidak elok sering saja dipandang rendah. Mana tahu, agenda hidup sesorang itu maha dahsyat dari yang kita lihat. Berat mata memandang, berat lagilah bahu itu memikul.

Kemudiannya, wanita bersuara
"Akak bukannya taknak kerja elok-elok. Tapi akak terpaksa akur kata ayah akak. Dia bukanlah orang yang elok. Setiap hari perabis duit beli arak, main judi. Akak nak kerja dekat Parkson, dia marah. Dia maki hamun akak. Dia paksa akak kerja macam ni."

Dia diam sebentar, Zarina sedari tadi memandangnya sambil tekun mendengar.
"Kalau akak tak jadi macam ni, dia ugut nak rogol akak. Akak tertekan jugak, dik. Client akak malam-malam pun kawan-kawan dia jugak. Sedap dorang je pedajal akak. Dapatlah duit Rm200 satu malam. Simpan-simpan pun diambil ayah."

Zarina rasa kasihan kepada wanita itu.  "Mak akak mana?"

"Dulu mak lari ikut jantan lain 7 tahu lepas. Sebab tu ayah jadi macam tu. Tapi dua minggu lepas, mak meninggal. Kanser payudara." Dalam suasana gelap itu dapat Zarina lihat air mata wanita itu jatuh namun lekas diseka.

Zarina memandang ke hadapan"Takpe akak. Saya faham. Tak semua orang fikir akak jahat."

Sebaik saja dipandang semula Zarina ke arah wanita itu, jasad yang menggiurkan itu tadi sudah hilang daripada pandangan. Zarina hanya tersenyum bersahaja. Bas singgah di perhentian itu lalu dinaiki Zarina tanpa sebarang kehairanan. Sudah dia lali dengan kejadian seperti itu.

Tambang bas diberi kepada pemandi tua itu. Pemandu tua itu bertanya Zarina yang sedang menuju ke tempat duduk kesukaannya. Maklumlah bas itu Zarina dan Mona saja yang selalu tumpang untuk pulang ke rumah.

"Hang tak jumpa dia ka?"
"Jumpa."
"Heh, dah jadi hantu pun pi cari jantan."
"Dah pakcik yang hidup ni? Dah tua pun mengata orang. Orang yang dah mati pulak tu."

Terus pemandu itu diam. Zarina duduk memerhatikan pemandangan di luar. Kelibat Hantu Pelacur itu masih di situ, tersenyum kapada Zarina. Bas mula bergerak dan hilanglah hantu itu dari pandangan.

Sudah Zarina lali dengan kejadian seperti itu setiap malam. Si Hantu Pelacur datang dan menangis, kemudiannya hilang begitu saja. Dia bersimpati akan hantu itu kerana pernah hidup dalam keadaan sukar. Pernah diceritakan oleh orang sekeliling perhentian itu bahawa wanita itu mati dibunuh bapanya ketika mabuk 10 tahun yang lepas. Setiap kali terserempak, itulah kata-kata yang keluar dari mulut si hantu itu. Tragis seorang gadis dipaksa menjadi pelacur.