Ding dong !
Farra bergegas lari ke pintu untuk menyambut tetamu
istimewanya hari ini. Rambut disisir dengan jari runcingnya supaya kelihatan
rapi dan blausnya ditepuk-tepuk menghilangkan kotoran setelah berhempas pulas
di dapur. Dia membuka pintu dan satu senyuman terukir sebaik sahaja memandang
Marlene yang berdiri di muka pintunya.
"Jemput masuk!" Marlene masuk tanpa sebarang
reaksi disusuli Farra di belakang.
Belum sempat menjemputnya duduk, Marlene sudah duduk lalu
menyambar remote tv dan menekan butang ON. ' Hish. Belum suruh pape lagi dah
macam rumah sendiri dia buat. Dasar. '
"Err, kejap ya. Saya nak bereskan apa yang
patut." Ujar Farra dan berlalu pergi tanpa sepatah kata Marlene yang
mukanya ketat bagai tidak ikhlas bertandang ke situ.
"Woi Farra ! Lambat lagi ke?" Jerit Marlene dari
ruang tamu. Sudah 20 minit dia menunggu. Kehadirannya di situ merupakan satu
keberatan. Dia amat bencikan
Farra semenjak Rashdan menjadi milik Farra. Sungguh dia
bengang dengan kelakuan sahabat baiknya di kolejnya itu merampas kekasihnya.
Dia anggap Farra menjemputnya makan malam bersama untuk memujuk tetapi Marlene
yakin mereka tidak akan kembali seperti dulu.
"Sorry, Marlene. Dah siap dah!" Sahut
Farra." Dan suara itu kemudian disusuli oleh pemiliknya datang untuk
menjemput Marlene ke meja makan
"Jom makan." Farra menjemput dengan penuh
santun.
Marlene bangkit dari sofa dan membontoti Farra. Sebaik
sahaja kakinya jejak lantai dapur, bau kari daging yang enak meruap ke rongga
hidungnya seraya perutnya berkeroncong. Terlalu sedap baunya sehingga terpejam
matanya dan Farra tersenyum memerhatikan tetamunya itu sambil menarik kerusi
untuk Marlene duduki.
Buat pertama kalinya dengan senyuman Marlene bertanya,
"Sedapnya! Daging lembu?"
" Bukan daging lembu. Janganlah risau. Saya tahu awak
tak makan daging lembu." Farra membalas.
Sejurus pinggan diletakkan nasi, Marlene pantas mengambil
sudu lalu mencedok daging dan kuah ke atas sajiannya. Farra berlalu pergi dari
meja makan, meninggalkan Marlene yang makan tanpa ingat dunia.
Berrp!
Kenyanglah
Marlene menyandar di kerusi makan setelah meratah lauk
di dalam
mangkuk sehingga kering. Ketika itu barulah dia sedar bahawa Farra tidak ada
bersamanya sedari tadi.
‘Mana pempuan ni?’
Marlene mengangkat pinggannya dan berlalu pergi ke dapur.
Nama Farra dipanggil berkali-kali namun tidak disahut.
Bokk!
Marlene tersadung dan pinggan pecah berderai di atas
lantai. Kakinya berdarah dek tersangkut pada dawai berkarat yang bagaikan
sengaja dipasang untuk menjeratnya. Tanpa Marlene sedar, Farra muncul di
belakangnya dan menikam belakang Marlene dengan pisau tumpul. Jeritan Marlene
mengaduh kesakitan tidak dihirau olehnya.
Suasana yang lengang tedi bertukar tegang dengan jeritan
Marlene. Farra yang mulanya tersenyum manis kini berubah dengan senyuman yang
psiko dan menyeramnya. Dia membiarkan pisau kekal berada di belakang Marlene
yang menggelupur kesakitan. Kemudian dia mengilai dengan begitu kuat,
mengalahkan tangisan Marlene.
"HAHAHAHAHA. Padan dengan muka kau. Dasar betina tak
guna!" Tengking Farra. Marlene tidak mampu bersuara dan hanya mampu
mengaduh kesakitan.
"Kau tahu?," Farra berhenti seketika lalu
menekan satu punat merah pada alat kawalan kecil yang dipengangnya sedari tadi.
Dengan automatiknya beberapa anak panah dari atas, kiri dan kanan menusuk ke
badan Marlene. Menjeritlah wanita itu lebih kuat kesekian kalinya.
“AAAAAAGH!! FAARRAAAAA!!”
Lalu Farra menyambung, "Rashdan pernah jadi milik aku
sebelum dia jadi kau punya dulu. Dasar jantan bodoh. Perempuan gemuk pendek
macam kau pun dia mahu. Apa yang tak perfect lagi pada aku ni?!" Dia mendengus
dan menjeling ke arah Marlene.
" Sekarang dia milik aku semula, dan untuk
mengelakkan kau rampas dia semula daripada aku yang sudah cukup perfect ni," Farra berhenti bercakap
sekali lagi lalu menyambar pisau dapur yang tajam bagai baru siap diasah.
Marlene yang berlinangan air mata sekali lagi menjerit
sambil mengulangi
kata-kata yang sama, "Tolong, Farra. Jangan !"
Farra mendekatinya,
"Farra! Jangan ! Tolong!"
Badan Marlene yang gemuk ditindih dengan kaki.
"Jangan, Farra. Tolong!"
Dan tanpa belas kasihan lagi muka Marlene ditoreh serong
berbentuk pangkah. Tiada lagi kata-kata itu dan Farra mengkahiri mengelar leher
wanita itu dengan rakus bagi menamatkan riwayatnya. Ketawa dan ketawa, Farra ketawa
tanda puas hati dan selamat. Tiada siapa lagi dapat mengambil kekasihnya.
Tiba-tiba saja dia berhenti ketawa, dan menikam tubuh
Marlene yang tidak lagi bernadi berkali-kali sambil menyumpah seranah. Dan dia
berhenti. Teringat dia akan kari daging yang dimasak untuk Marlene tadi.
Dia berlari ke peti beku yang
terletak di hujung dapur. Pintunya dibuka dan
terbuntang
matanya kemerahan dan menjerit kegilaan melihat kepala,sebahagian badan, dan
kaki kekasihnya, Rashdan sudah beku disimpan di dalam peti. Menangislah Farra
seperti kerasukan bila teringatkan dia sudahpun menjadikan kekasihnya sebagai
lauk hari ini dan sebahagiannya dihulurkan kepada jiran-jiran sekelilingnya.
Rashdan terdahulu menjadi mangsanya hanya kerana cemburu
melihat teman lelakinya bersenda dengan gadis yang jauh lebih sempurna di
matanya. Terus diumpan si jejaka malang itu ke kediamannya untuk ditamatkan
riwayatnya. Biarpun yang dilihatnya bukanlah sebetulnya realiti. Ia cuma mimpi,
tapi apa lagi seorang pesakit mental mampu bezakan?
Farra bersandar di peti beku, mengenang saat kehilangan
dan kegilaan yang tidak mahu dia akui sendiri. kenang, kenang dan kenang.
No comments:
Post a Comment