'Sat,Sara aku on the way.'
'Okay' balas Sara,lalu telefonnya dikunci. Dia kekal tidak terkutik di atas sofa dan memandang kosong kaca tv di hadapannya. Dalam hati cuba mengingatkan dirinya, 'Zurin on the way. Sokay'. Terselit juga rasa bersalah kerana meminta rakan karibnya ke rumah untuk teman bermalam. Sejak kejadian samun yang menimpa housemate-nya empat bulan lepas, dia fobia. Dia sendiri lihat gadis itu dikelar pada leher dan terkulai tanpa nadi. Trauma masih berbaki.
Knock knock
Sara bingkas bangun lalu berlari mendapatkan tetamunya. Pintu dibuka, kelihatan Zurin tersenyum manis kepadanya. Gembira bukan kepalang, Sara menjemputnya masuk.
"Masuklah," Sara menjemput.
"Okay. Tapi sorrylah Sara kalau aku takleh bermalam sini kali ni. Aku on-call kat hospital malam ni."
"Takpe takpe janji kau teman aku."
Zurin masuk, pintu terkatup rapat. Dia duduk di atas sofa sebelum sempat Sara menjemput dahulu. Dan dia diam seribu bahasa merenung kaca tv. Sara berasa hairan kerana Zurin yang sebelum ini bukanlah seorang pendiam dan malam ini dia berbeza sekali. Namun dihiraukan saja kerana berfikir bahawa rakannya itu kepenatan melayan pesakit di hospital.
Sara ke dapur untuk membancuh kopi buat Zurin. Dua mag hitam dan putih diambil, serbuk kopi diisi. Baru saja dia selesai membancuh kopi, bunyi ketukan pintu kuat kedengaran. Sara melaung dari dapur, meminta tetamunya tunggu sebentar. Dalam hatinya membaca surah tiga kul yang sering diamal dan memohon perlindungan daripada Tuhan. Keluar daripada dapur, Zurin telah hilang daripada sofa.
"Aik? Mana Zurin?"
Knock knock !
"Alamak! Kejap!" Sara berdiri di belakang pintu.
"Siapa tu?"
"Zurin!" Dan pintu dibuka oleh Sara.
"Bila masa kau keluar?"
"Keluar?" Muka Zurin terpacul tanda tanya.
"Kan tadi kau duduk kat sofa. Ni kau dari mana? Lain kali jangan keluar sesuka hati." Sara tidak puas hati.
"Woi , Sara. Aku baru je sampai. Keluar apa benda pulak ni?!"
Sara tersentak. Dia memandang Zurin. Ketakutan menyelubungi. Lalu Zurin dipeluk erat seeratnya. Zurin hanya mampu menenangkan Sara tanpa mengetahui apa-apa.
No comments:
Post a Comment