Jannah berkurung di dalam bilik sejak pulang daripada tanah perkuburan semalam. Tidak langsung keluar menunjukkan muka. Kematian ayahnya yang menyusul arwah ibu telah meninggalkan dirinya bersama seorang ibu tiri dan anak kembar. Tidak tahulah apa nasibnya bersama si tiga beranak itu.
Bang-bang-bang !
Kedengaran pintu bilik Jannah dihentam. Gadis yatim yang sedari semalam dalam kesedihan tersentak. Bergegas Jannah mendapatkan siapa di balik pintu. Pintu dibuka nenampakkan wajah bengis wanita pertengahan tahun. Gincu dioles merah scarlet dan mekap tebal tertempek di muka. Sungguh solekannya yang cantik tidak dapat membendung roman bengis ibu tirinya, Mak Rozie. Atau lebih selesa di bibir orang kampung ialah Rozie Kebaya kerana keberahian kaum Adam melihat janda itu berkebaya.
Jannah cuba untuk tidak memandang matanya.
"Kau tak payah nak sedih sangat lah! Abah kau takkan balik pun! Aku berkuasa sekarang" ibu tirinya menengking.
"Keluar!"
Jannah keluar dengan rambutnya ditarik hingga terjatuh kepala terhempas ke permukaan rumah.
"Weh Jannah, kau pegi basuh baju aku sekarang. Nak pakai besok untuk ke pekan." Arah Rania.
Jannah masih diam terkaku. Cuba untuk memprotes. Namun di tendang oleh adik tirinya dengan rasa amarah. Akhirnya Jannah bangun tetapi lagi sekali ditendang oleh Mak Rozie.
"Cepatlah!"
Jannah bangkit mengatur langkah ke pintu dapur untuk membasuh baju di luar. Kelihatan adik kembar Rania, Ros sedang meneguk air masak. Wajahnya suci. Ros merupakan pelajar tahfiz di sebuah madrasah tidak seperti Rania. Arwah abahnya menghantar Ros ke situ atas permintaannya sendiri. Jannah tersenyum kepada Ros yang sedang membilas gelasnya. Dalam hatinya, Jannah sangat berharap bahawa Ros tidak bertanduk seperti ibu dan kakaknya.
"Lega betul ada orang gaji macam kau." Jannah terkedu dengan kata-kata Ros.
Ros menyeringai sambil datang kepada Jannah dengan kain tudung dan sepasang kasut. Kasut dan kain tudung dirembas ke tepi Jannah yang kaku. Terpempan dengan Ros yang dulunya dia kenali dengan sifat sungguh lemah lembut dan sopan.
"Cuci bersih-bersih!"
Ros berlalu pergi. Jannah mula meratapi pemergian ayahnya sambil menyental pakaian mereka. Namun dia lebih meratapi nasibnya akan datang di bawah monarki seperti Firaun beranak kembar itu.
No comments:
Post a Comment