"Dia bukan saya." Kata Nora sebaik sahaja mendapat tempat duduk di kafe. Razman melabuhkan punggung di hadapannya.
"Hahaha. Awak janganlah main-main." Razman berseloroh dan ketawa. Nora turut sama ketawa namun kehampaan kembali menyinggah wajahnya selepas itu. Razman diam.
"Serious lah. Saya tak bergurau."
"Okay." Razman mengakui kata-kata Nora yang tidak bersenda.Nora menarik nafas sedalam yang mampu, seakan-akan cuba menelah satu hakikat. Hakikat yang mungkin Razman turut sama tak mampu telan.
"Yang awak selalu nampak tu adik saya, Nurrah namanya. Saya tak pelik pun kalau awak ingat saya ni dia sebab kitorang memang serupa. Mak dan ayah pun susah nak beza."
"Oh. Mana dia?" Razman bertanya dengan matanya menikam roman Nora. Menunggu jawapan. Seketika pelayan datang mengambil pesanan. Dua gelas teh tarik kurang manis dicatit pada kertas pelayan yang masam mencuka itu dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Nora mengeluh.
"Dia kerja di bank dekat kafe yang awak selalu pergi tu. Nurrah ni baik sangat. Dia suka tolong orang, pandai, peramah. Macam saya kot. Hahaha" ujar Nora dan mereka sama-sama ketawa.
"Tapi sayang.. dia dah pergi. Tinggalkan kita." Nora memberi kata noktah dengan air mata berlinangan. Razman tersentak. Mahu saja dia curahkan teh tarik yang masih panas itu ke mukanya. Dia mahu bangun jadi mimpi andai ini mimpi. Tangan digenggam, bibir diketap. Cuba menghadam kata-kata Nora. Tak masuk akal lah sial. Suara hatinya menjerit.
"Awak bergurau?" Dia meminta kepastian. Nora menyekal air mata.
"Tak, Razman saya serious. Dia meninggal masa awak kemalangan tu jugak. Lepas awak kena langgar tu, dia terkejut. Lepas tu pengsan. Ambulans bawa dia pergi hospital sekali dengan awak. Dia meninggal dekat hospital. Doktor kata dia kanser hati stage empat. Tak sangka pulak dia ada kanser. Dia tak bagitahu siapa-siapa."
Razman membisu. Hatinya dirasanya seperti hilang. Hilang direntap kata-kata kakaknya Nurrah. Sungguhpun masih dia cuba bersuara meskipun suara terketar.
"Habis tu kenapa cari saya?"
"Sebab saya kenal awak. Nurrah dah lama suka kat awak. Dia selalu ceritakan pada saya pasal awak. Mata sepet orangnya, duduk dekat tepi dinding kaca tengok orang lalu lalang. Awaklah tu. Sehari sebelum hari kemalangan tu, saya menyamar jadi dia. Saya nampak awak. Saya berhasrat nak cadangkan awak dekat mak dan ayah lepas tu menyusul jumpa awak untuk berbincang. Tapi nak buat macam mana. Bukan jodoh Nurrah dengan awak. Tuhan maha Adil. Kurniakan saya sekeluarga seorang anak yang sangat elok hati macam Nurrah, umur tak penjang macam kita sekarang. Takdir tuhan, Raz. Siapa boleh lawan?"
Apa yang Nora ujarkan tu benar. Tiada manusia mampu melawan takdir tuhan. Tertulis di Luh Mahfuz riwayat setiap hamba-Nya. Sejak azali sehinggalah nafasnya yang terakhir sebelum nyawa direntap malaikat yang sering digambarkan memegang sabit berjubah dan hud hitam. Razman menarik nafas. Dihembus dan teh terik dihirup.
"Susahnya saya nak lupakan dia."
"Samalah. Susah sangat."
Razman hari ini cuba menelan hakikat dan ingin mencari pengganti Nurrah. Tapi siapa? Tiada gadis lain yang setanding Nurrah. Jika diminta seorang perempuan yang sosok tubuhnya persisnya mengenakan pakaian Nurrah sekalipun tidak mampu memaut hati Razman. Biarpun sejuta kemurnian dicurahkan. Hatinya terserpih namun seribu retakan terjadi. Pada mulanya apa yang Nora lakukan kepadanya selama ini dianggap sekadar memenuhi kehendak Nurrah. Atau mungkin Nora ikhlas membantu. Seketika dia teringatkan jasa Nora yang tidak lelah menjadanya sewaktu buta. Satu sinar harapan mula terpacul kembali dalam hati Razman.
"Nora," Razman menegur Nora yang sedari tadi mengelamun. Teringatkan Nurrah barangkali.
"Oh ya?"
"Sudi tak awak bersama saya? Saya kehilangan Nurrah. Saya taknak kehilangan awak jugak. Awak baik sangat dengan saya."
"Err hehehe... Razman,-"
"Sudi tak jadi isteri saya? Jagalah saya sebagai suami awak yang sah" Ujar Razman dengan penuh keberanian.
"Raz, saya dah bertunang." Nora tersengih. Matanya turut seakan-akan tersenyum kepadanya. Oh mengejek sungguh situasi ini.
Satu panggil diterima Nora. Nora menjawabnya penuh mesra. Razman hanya diam setelah mendengar jawapan itu. Sekali lagi retak hatinya dan sinar harapan itu kembali malap. Panggilan Nora dimatikan.
"Raz, saya kena pergi dulu. Client call. Pasal apa yang saya buat untuk awak selama ni, tak apalah saya ikhlas tolong awak. Jangan risau ya." Nora bangkit, memakai kaca mata perang gelapnya dan beransur pergi. Tinggallah Razman di situ.
-angin petang menampar pipi Razman. Seketika itu dia berharap segalanya daripada pertama kali berjumpa Nurrah sehinggalah kata-jata terakhir yang terpacul daripada mulut Nora itu mimpi. Tolonglah kata ini mimpi.
No comments:
Post a Comment