Amirah baru sahaja berpindah dari bandar dan hanya beberapa keluarga saja yang menetap di situ termasuk Mona. Pertama kali Amirah ke rumah Mona, tahulah dia bahawa hobi Mona ialah mengumpul anak patung. Mona mempunyai satu patung yang sungguh cantik yang tidak pernah dilihatnya. Amirah inginkan anak patung itu dan semestinya Mona tidak akan memberikan anak patung itu kepadanya begitu mudah.Jadi, Amirah ke rumah Mona lagi. Amirah sudah tekad mahukan patung itu. Dia merancang untuk membunuh Mona lalu dipunggal mayatnya ke hutan sekiranya gadis itu tidak mahu memberi patung itu.
Sewaktu bertandang, Mona kurang mesra sepertimana pertama kali bertemu. Mona menghidangkan secawan teh buat Amirah. Teh itu dihirup sedikit kemudian Amirah menyuarakan hasratnya untuk memiliki salah satu patung koleksi Mona dengan alasan harijadi adiknya kian dekat. Mona yang sedari tadi tenang berubah lalu Amirah berdiri dan menghunus pisau yang tadinya disorok di dalam baju. Baru sahaja ingin menyerang Mona, badannya menjadi lemah, rebah.
Mona tersenyum melihat Amirah yang menggelupur dan mulutnya keluar buih. Akhirnya tiada lagi nyawa dari badan itu. Mona kemudian mengheret mayat mangsanya yang kedua itu ke bilik peribadinya untuk dijadikan patung barunya yang cantik. Patung yang bernama Amirah.
No comments:
Post a Comment